Kembali ke laman utama

Kata Alu-Aluan Pengetua

pengetua

 

HJ. ANUAR BIN HJ. NOH

Assalamualaikum WBT

Salam Sejahtera

Salam Perak Aman Jaya Salam Perak Excellent

Sekalung penghargaan dan terima kasih saya ucapkan kepada Jawatankuasa Laman Web Sekolah kerana memberikan peluang kepada saya untuk memberikan sepatah dua kata dalam slot ini.

Harapan saya guru -guru SMK Tambun dapat meneruskan usaha untuk memberikan pendidikan yang sempurna kepada semua murid berdasarkan PPPM yang merupakan tunjang kepada pembangunan pendidikan negara kita.

Harapan saya juga SMKT cemerlang dari segi akademik dan sahsiah serta SMKT berada di tahap yang cemerlang di Daerah Kinta Utara. Guru-guru perlu berinovasi dan merebut peluang apa sahaja yang diterima di luar bagi kejayaan karier masing-masing. Guru-guru juga perlu merebut peluang dan jawatan yang ditawarkan untuk kepentingan profesionalisme perguruan. Harapan saya, saya dapat memotivasikan guru-guru untuk membimbing pelajar sehingga berjaya setanding dengan sekolah-sekolah cemerlang yang lain.

Sebagai pemimpin di sekolah ini, saya sedaya upaya ingin merealisasikan impian untuk menyediakan prasarana yang kondusif bagi keperluan guru-guru dan para pelajar.

Saya yakin dengan usaha yang bersungguh-sungguh, dan kerjasama semua warga sekolah kita dapat merealisasikan impian SMK Tambun Gemilang.

Facebook

Calendar

RSS Feed Mengikut Kategori

Langgan Newsteller

Media Sosial

facebooktwittergoogle_plusyoutubeinstagram