Kembali ke laman utama

Pendidikan Khas

VISI

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS SMK TAMBUN

Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid berkeperluan khas ke arah  kecemerlangan hidup sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan

MISI

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS SMK TAMBUN

Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid berkeperluan khas untuk menjadikan mereka insan yang dapat berdikari, berjaya dalam hidup dan memberikan sumbangan bakti kepada masyarakat dan negara.

MOTO

SMK TAMBUN EXCELLENT

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS

Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

 

MATLAMAT PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

Penubuhan kelas khas adalah bertujuan untuk membolehkan kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran mengamalkan kelaziman hidup seperti juga kanak-kanak biasa.

Objektif-objektif utama adalah:

  • Membolehkan kanak-kanak bermasalah pembelajaran mendapat tempat yang sama dalam pendidikan.
  • Menempatkan kanak-kanak ini dalam persekitaran yang seakan-akan biasa mengikut kesesuaian pendidikan untuknya.
  • Membolehkan kanak-kanak tersebut menyesuaikan diri dalam semua aspek seawal mungkin.
  • Membuktikan bahawa mereka juga mempunyai kemahiran dan kebolehan.
  • Menggalakkan penyertaan aktiviti-aktiviti harian yang tidak terhad.
  • Membolehkan mereka hidup berdikari mengikut kelaziman orang biasa.
  • Melahirkan dan mewujudkan masyarakat prihatin dan penyayang.

Program Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia dilaksanakan melalui:

  • Sekolah Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran.
  • Program Pendidikan Khas Integrasi disediakan untuk murid-murid berkeperluan khas Bermasalah Pembelajaran, Bermasalah Pendengaran dan Bermasalah Penglihatan. Ia diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah dan di sekolah menengah teknik/vokasional melalui pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara pengasingan atau inklusif.

 

TEMPOH BELAJAR

  • Tempoh belajar murid-murid berkeperluan khas rendah adalah enam tahun.
  • Tempoh belajar bagi murid-murid berkeperluan khas menengah adalah lima tahun.
  • Tempoh ini boleh dilanjutkan hingga dua (2) tahun maksimum di mana-mana peringkat iaitu samada rendah atau menengah mengikut keperluan murid berkenaan.

 

PRA SEKOLAH

Syarat kemasukan murid ke Program Prasekolah Pendidikan Khas ialah:

  • Berumur tidak kurang dari lima (5) tahun
  • Disahkan oleh pengamal perubatan
  • Boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain.

 

PENDIDIKAN RENDAH

Syarat kemasukan murid ke Program  Pendidikan Khas rendah ialah:

  • Berumur 6+ hingga  14+ tahun.
  • Disahkan oleh pengamal perubatan.
  • Boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain.

Semua sekolah rendah pendidikan khas mengikuti aliran akademik . Kemudahan-kemudahan yang disediakan di peringkat sekolah rendah termasuklah asrama dan makan percuma.

Murid yang mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi boleh mengikuti kurikulum kebangsaan atau kurikulum alternatif berdasarkan kemampuan dan keperluan individu.

 

PENDIDIKAN MENENGAH

Syarat kemasukan murid ke Program Pendidikan Khas menengah ialah:

  • Berumur 13+ hingga 19+ tahun.
  • Disahkan oleh pengamal perubatan.
  • Boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain.

Pendidikan menengah menyediakan dua jenis aliran iaitu akademik dan vokasional.

 

PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

  1. Sekolah Khas
    • Sekolah Menengah Pendidikan Khas Pulau Pinang (MPV)
    • Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam (Sijil Kemahiran Malaysia)
    • Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Indah Pura, Kulai, Johor (Sijil Kemahiran Malaysia)
  2. Program Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pendengaran
    • Sekolah Menengah Vokasional (ERT) Azizah, Johor Baharu
    • Sekolah Menengah Teknik Langkawi, Kedah.
    • Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat, Johor.
    • Sekolah Menengah Teknik Kerian, Perak.
    • Sekolah Menengah Teknik Tanah Merah, Kelantan.
    • Sekolah Menengah Teknik Keningau, Sabah.

 

KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN

Kanak-kanak bermasalah pembelajaran merupakan individu yang telah dikenal pasti dan disahkan oleh pakar professional klinikal atau pengamal perubatan sebagai mengalami kecacatan yang mengganggu proses pembelajaran. Kecacatan yang dialami boleh dikategorikan mengikut tahap kefungsian kanak-kanak dalam kebolehan-kebolehan berikut:

  • Kebolehan kognitif
  • Tingkah laku sosial/ Perkembangan sosial
  • Penguasaan bahasa lisan / pertuturan
  • Penguasaan kemahiran membaca
  • Perkembangan fizikal
  • Kemahiran matematik

 

PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF

Pendidikan Inklusif  merupakan program yang mengintegrasikan pelajar berkeperluan khas ke dalam sistem persekolahan biasa. Pelajar – pelajar berkeperluan khas akan menikmati banyak peluang dan pembelajaran sebagaimana yang dirasai, difahami, dan dinikmati oleh rakan-rakan sebayanya yang normal di dalam bilik darjah di sekolah biasa. Pelajar-pelajar ini boleh berada di kelas biasa sepanjang masa atau sebahagian sahaja bersama rakan sebaya mereka yang normal dan didampingi oleh seorang pembantu guru yang terlatih khas dan seorang guru kelas.

Facebook

Calendar

RSS Feed Mengikut Kategori

Langgan Newsteller

Media Sosial

facebooktwittergoogle_plusyoutubeinstagram