Kembali ke laman utama

Tentang Sekolah

Sejarah Sekolah


15 Jun 2001 merupakan tanggal pemilihan tapak Sekolah Menengah Kebangsaan Tambun oleh Kementerian Pelajaran malaysia. Bermula dari tarikh tersebut, kerja-kerja pembinaan giat dijalankan. Bangunan sekolah yang bernilai RM16.9 juta ini siap sepenuhnya pada 14 September 2002 dan penyerahan bangunan sekolah oleh kontraktor kepada Jabatan Pelajaran Negeri adalah pada 16 September 2003. Selepas tarikh tersebut, kerja-kerja melengkapkan peralatan untuk memulakan sesi persekolahan 2004 berjalan dengan lancar. Encik Yamin bin Zakaria merupakan ‘care taker’ yang dilantik oleh Pejabat Pelajaran Daerah Kinta untuk memastikan semua urusan berjalan dengan sempurna.

Seramai 540 orang pelajar Tingkatan 1 dan 2 memulakan sesi pertama persekolahan di SMK Tambun pada tahun 2004. Bilangan kelas yang dibuka adalah sebanyak 15 buah iaitu 10 buah kelas dari Tingkatan 1 dan lima buah kelas menempatkan pelajar-pelajar Tingkatan dua. 33 orang guru perintis dan empat orang staf sokongan ditempatkan di SMK Tambun ketika ltu.

SMK Tambun menerima Yang Mulia Raja Abdul Rahman bin Raja Arnran sebagai pengetua pertamanya pada 1 Mac 2004. Bermula tahun 2005, bilangan pelajar dan guru mula meningkat dan kini SMK Tambun mempunyai 1437 orang pelajar dari tingkatan satu hingga tingkatan lima. Seramai 98 staf akademik dan 15 staf sokong menerajui SMK Tambun saat ini.

Pada 1 Mac 2005, Y.M. Raja Abdul Rahman bin Raja Amran telah bertukar ke Sekolah Menengah Anderson, Ipoh. Tempat beliau diganti oleh Puan Zahrah bt Mohd Ali mulai 15 Mac 2005 hingga 28 Februari 2007. Bermula dari tarikh itu, SMK Tambun diterajui oleh Puan Hjh Naimah binti Haji Omar hingga 30 September 2011. Mulai 1 Oktober 2011 SMK Tambun diterajui pula oleh Encik Azmi bin Dahali. Beliau merupakan seorang pengetua yang tegas dan berwibawa serta berwawasan untuk menjadikan anak didik SMK Tambun cemerlang, gemilang dan terbilang dengan Visi beliau MENJANAKAN MODAL INSAN BERKUALITI. Pada 1 Januari 2013, SMK Tambun telah ditadbir pula oleh Encik Ahamad Shaker Bin Lazim. Beliau merupakan seorang pengetua yang tegas dan prihatin. Seterusnya SMK Tambun diterajui pula oleh Encik Rosli bin Shuaid pada 16 April 2013 sehingga 17 September 2015. Kemudian SMK Tambun diterajui oleh Tuan Haji Anuar Bin Haji Noh bermula 17 September hingga kini dan beliau merupakan seorang yang berdedikasi dan tegas.

VISI

“Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera”

MISI

“Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara”

SLOGAN

Maju Berhemah

INTEPRETASI LOGO SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMBUN

logo-smkt

COGAN KATA “MAJU BERHEMAH

Maju               :  Sentiasa berada di hadapan dan dalam keadaan bertambah baik terutamanya dalam sahsiah, akademik dan kokurikulum.

Berhemah        :  Berbudi pekerti.

Maju Berhemah: Sentiasa mempunyai semangat untuk kehadapan ke arah menjadi bertambah baik dengan berpegang kuat kepada nilai budi pekerti pada setiap masa.

Gerigi              :  Melambangkan teknologi sebagai asas kemajuan.  Kedudukannya di tengah-tengah melambangkan keseimbangan dalam semua aspek sama ada jasmani,  emosi,  rohani dan intelek.

Atom               :  Melambangkan ilmu saintifik untuk masa hadapan.

Mata Pena       :  Ilmu yang dituntut untuk mengembangkan potensi dir.i

Buku               :  Sumber ilmu yang luas.

Peta                 :  Pendidikan bertaraf dunia.

Petak empat segi :  Melambangkan sekolah sebagai tapak atau institusi yang kukuh untuk membina sahsiah dan intelek pelajar.

WARNA

Biru                    :  Kesepakatan

Biru Lembut       :  Kesederhanaan dalam tindakan & kejujuran

Kuning               :  Kepatuhan kepada Raja,  Pemimpin,  Guru,  dan Sistem Nilai.

Hijau                  :  Kesejahteraan untuk semua.

Merah                 :  Semangat membara memburu kemajuan dan ketegasan.